Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

Mohamad Sabu

YB Haji Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu (lahir 14 Oktober 1954) adalah Menteri Pertahanan Malaysia dan ahli politik Malaysia dan memegang jawatan sebagai Presiden AMANAH, berbangsa Melayu pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia dan kini Menteri Pertahanan Malaysia.[1] Beliau telah dipilih ke jawatan tersebut pada tahun 2011 sebagai calon berfahaman sederhana menewaskan Nasharuddin Mat Isa.[2] Sebelumnya beliau telah pernah terpilih sebagai salah seorang dari Naib Presiden PAS. Beliau merupakan satu-satunya pemimpin yang bukan dari kalangan ulama yang terpilih menjadi timbalan presiden dalam tempoh 25 tahun.[2]Pada 13 Julai 2015 beliau melancarkan sebuah gerakan NGO bernama Gerakan Harapan Baru (GHB). Pada 31 Ogos 2015, Mohamad Sabu mengumumkan GHB mengambil-alih sebuah parti politik yang tidak aktif, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia selepas usahanya untuk menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri[3][4][5][6][7][8] yang kemudiannya ditukarkan menjadi Parti Amanah Negara (Amanah) yang beliau sendiri menjadi Presidennya yang pertama. Mat Sabu amat terkenal dengan kebolehannya berpidato.[2] Beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri .[9]

Mohamad Sabu

Lahir (1954-10-14) 14 Oktober 1954 (umur 65)
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Raja Al-Sultan Abdullah
Timbalan Liew Chin Tong
Pekerjaan Ahli politik
Didahului oleh Mat bin Haji Ali
Alma mater Institut Teknologi MARA
Digantikan oleh Konstituensi dibubarkan
Pasangan Normah Alwi
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (1981-2015)
PH-AMANAH (2015-kini)
Kabinet Kabinet Malaysia 2018
Bapa Sabu
Majoriti 8,139
Anak-anak 1. Nurul Jannah binti Haji Mohamad Lahir 1980
2. Nurul Huda binti Haji Mohamad Lahir 1983
3. Ahmad Saiful Islam bin Haji Mohamad Lahir 1988
4. Ahmad Ali Hidayati bin Haji Mohamad Lahir 1991
Laman sesawang http://mohamadsabu.com
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Ibu Halijah Mat
Kediaman Shah Alam, Selangor